Tuesday, November 6, 2007

Berubah Ke arah lebih mantap

Kami melakukan perubahan untuk meneruskan perjuangan membetulkan Parti Islam se-Malaysia (PAS) dari dalam. Perubahan dari portal ke blog hanyalah perubahan platform bukannya idea dan perjuangan.

Seperti mana laman web www.pas-reform.com, blog ini juga akan terus memperkatakan mengenai isu-isu dalaman Pas dan juga analisa perjuangan parti yang semakin lama makin jauh dari matlamat penubuhannya.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt

Saya dah baca semua komen dan tulisan panjang oleh The Truth Seeker. Namanya cukup ironik dengan apa yang ditulisnya.

Saya bukan orang PAS dan bukan orang UMNO. Setelah membaca semua komen, saya lihat orang PAS dalam blog ini, (kecuali kalau mereka menyamar), tidak ada akhlak dalam berjamaah.

Mengapa bincang kisah rumahtangga di blog ini. Betapa ceteknya pemikiran orang PAS khususnya bekas ahli PAS the Truth Seeker. Bawa bincanglah dalam jamaah sendiri.

Saya juga ada jamaah tapi kami tak bincang kes rumahtangga secara public dan terbuka. Apa untungnya? Kecuali nak mengadu domba dan fitnah? atau mencari publisiti murah? Apakah ini akhlak orang dalam jamaah PAS?

Saya cadang STOP ajalah. Semakin banyak tulis pasal kes dalam rumahtangga sendiri, semakin nampak pekong di dada, semakin nampaknya dengkelnya pemikiran kita, dan semakin besar api fitnah akan semarak.

Bertaubatlah. Mintaklah ampun. Saya akan hantar copy tulisan ringkas saya kepada beberapa pihak melainkan moderator secara jujur berani paparkan tulisan ini.

Terima kasih

Al-fakir
macg20711@yahoo.com
1 Disember 2007

c.c. kepada ahli PAS Selangor
kepada Presiden, Timbalan Presiden PAS, Dr Hassan Ali