Saturday, November 24, 2007

Arah Mana Pas Selangor Menjelang Pilihan Raya Umum

Arah mana Pas Selangor menjelang pilihan raya umum kali ini? Pertanyaan ini amat relevan kerana kita seolah-olah hidup segan mati tak mahu sejak dibelasah dalam pilihan raya lalu. Jika pilihan raya lalu dan propaganda sebelum cuba melemahkan kedudukan Khir Toyo, Menteri Besar Melayu Jawa ini bukan semakin lemah tetapi semakin kukuh di kalangan pengundi atas pagar.

Jika dulu beliau menang 100 undi lebih, pilihan raya 2004 menyaksikan kemenangan dengan ribuan majoriti. Sebaliknya kita hilang semua kerusi dalam DUN Selangor kerana kegairahan seorang Naib Presiden (sekarang bekas) mahu menjadi Menteri Besar.

Sepatutnya kita sudah matang dan memahami bahawa untuk memerintah sebuah negeri mahu pun negara, ia hanya akan berlaku melalui dua perkara berikut - Proses evolusi atau Kemunculan faktor besar.

Oleh kerana tiadanya faktor besar dan bersaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad dari tampuk kepimpinan, Pas Selangor sepatutnya berusaha mempertahankan kerusi yang dimenangi pada 1999 dan mengharap satu dua kerusi baru.

Malangnya ini tidak berlaku. Jentera kempen berpecah ke serata negeri Selangor termasuk di kawasan yang tiada kemungkinan untuk menang. Ini semua kerana Datuk Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Nasihat orang-orang lama dan Datuk Hassan Shukri tidak diambil hirau. Hasilnya, pembangkang di Selangor hanya diwakili oleh DAP. Parti yang tidak berguna satu sen pun kepada perjuangan Islam.

Pilihan raya kali ini mungkin menyaksikan Datuk Hasan Ali sekali lagi akan diberi ruang menjadi Pengarah Kempen Pilihan Raya Negeri Selangor. Soalnya, apakah kesilapan yang sama akan dibuat?

Pilihan raya kecil DUN Ijok sekali lagi menyaksikan kegagalan Datuk Hasan Ali menggembleng jentera dengan baik. Akibatnya beberapa kawasan yang dulunya kubu kuat Pas diruntuhkan oleh "anak jawa" Tanjung Karang.

Kebergantungan Datuk Hasan Ali kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperjudikan nasib Pas Selangor dalam pilihan raya akan datang. PKR akan datang dan pergi.

Percayalah. Sudah berapa banyak serpihan UMNO seperti S46 akhirnya kembali kepangkuan UMNO, meninggalkan Pas terkontang-kanting mencari arah baru. Dulu Rais Yatim mebakar jambatan beliau dengan UMNO dan menyokong Pas sehingga menang Kelantan. Hari ini beliau kembali menjadi menteri UMNO.

Tapi di Kelantan kita bernasib baik kerana ada kepimpinan berwibawa seperti Tok Guru Nik Aziz yang terus mempertahankan idealisme perjuangan. Justeru datang atau perginya S46 mahu pun Keadilan tiada masalah.

Namun di Selangor, perjuangan Pas sudah ditunggangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan juga Teng Chang Kim (DAP).

Datuk Hasan juga seolah-olah sudah tiada nafsu untuk menjadi ahli politik sejak tidak menjadi Naib Presiden Pas lagi. Jika dilihat di Malaysiakini.com pun, liputan mengenai Pas Selangor dan Datuk Hasan hampir berbulan lamanya dahulu.

Apa sudah jadi?

Seperti kata Datuk Hasan dalam Malaysiakini pada 10 Mei 2007,

" Tidak kira ia ulama, profesional atau golongan muda kerana PAS perlu meninggalkan imej parti yang kabur dan lembik jika mahu ia diterima semua pihak. PAS dan pemimpinnya perlu berubah bagi mendepani masa depan kerana rakyat mahu melihat kebolehan parti sebelum mereka menyokong PAS."

Kita perlu bertanya sesuai lagikah untuk Datuk Hasan terus menerajui Pas Selangor dan menjadi ketua kempen pilihan raya umum di Selangor pada tahun hadapan?

24 comments:

Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Kalau macam tu apa perlu hasan ali lagi menjadi persuruhjaya? Banyak sangat isu peribadi yang sukar lagi di tangani oleh jentera bawahan.

Anonymous said...

Saya adalah pengundi yang bukan menjadi ahli mana-mana parti. Undi saya adalah kepada calun yang saya rasa paling berupaya untuk mengekalkan kesejahteraan rakyat dan mebolehkan saya mengamalkan agama Islam seperti halnya pada hari ini (walaupun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki)atau sebagai undi protes untuk mengajar man-mana parti yang saya nampak begitu sombong dengan dasar mereka (samada pemerintah atau pembangkang). Saya rasa majoriti pengundi di Malaysia adalah termasuk didalam dolongan seperti saya, hanya sebilangan kecil pengundi sahaja yang taksub kepada mana-mana parti samada pemerintah, atau pembangkang.

Tulisan penulis patut dibaca oleh pemerintah dan ahli PAS dengan hati terbuka, bukan cepat menuduh sebagai fitnah. Kalau anda bertindak seperti ini, saya rasa anda semua serupa sahaja dengan UMNO. Saya rasa penulis ini tidak bodoh, tetapi cuba menyampaikan dengan ikhlas menceritakan tentang kebenaran dan meminta perubahan kearah kebaikan. Cuba anad ingat kata-kata Sayidina ABu Bakar yang memohon penolongnya menyampaikan dan bukannya menutup kebenaran.

Saya bersetuju dengan penulis yang bermaksud bahawa kemenengan PAS sejak kebelakangan ini adalah kerana undi protes, yaitu kerana kemarahan orang ramai terhadap BN. Contohnya tahun 1999, adalah kerana kemarahan terhadap Mahathir.

Cuba anda buka mata dan lihat sekeliling, berapa ramaikah orang melayu..60%. Daripada 60% tersebut berapa ramaikah yang berpegang kepada ugama Islam dengan sebenarnya ? mungkin 50% sahaja, dan daripada 50% tersebut berapa ramaikah yang anda fikir menyokong cara politik parti PAS ? Saya berharap parti PAS akan berpegang teguh kepada dasar menegakkan Islam, tetapi apa yang saya nampak tidak betul ialah cara perlaksanaannya dan minda pengikut parti PAS. Ingin saya ceritakan tentang kisah ibu saya dijemput ke majlis makan. Ibu saya terkejut kerana sesampainya ditempat majlis, ia sebenarnya ialah kempen Parti PAS. Yang tidak menyenangkan ialah kenyataan sempit yang digunakan untuk berkempen : Di antarany ialah: (1) Kalau che gu sain (tandatangan) jadi ahli, maka che'gu doh sain untuk teruh masuk syurga (2)walaupun kerjaan kelate tok leh duit dari kerajaan Malaysia, tu tengok di (nama tempat tak ingat), tuhan do bui tubik minyak bercucuran. Sampai kehari ini minyak tu tak tahu kemana.

Mungkin pilihanraya kali ini, kita akan melihat lebih banyak kemenangan berpihak kepada pada pembangkang, tetapi saya rasa ini adalah kerana undi protes. Adakah kita akan rasa berpusa hati jika orang menyokong kita hanya kerana undi protes, seperti tahun 1999.

Sebagai pengundi, saya rasa amat perlu parti pembangkang membuat perubahan diri. Janganlah hanya nak meletakkan kesalahan kepada pilihanraya tidak adil dll, walaupun saya bersetuju bahwa media memang sama sekali tidak adil.

faizalzainol said...

saya sokong the truth seeker..

PAS jangan harap mampu dapat walaupun 1 kerusi tanpa faktor anwar.. Jangan harap juga mampu 1 satu kerusi atas faktor Hassan Shukri..

Kemasukan DDHA telah membuka mata ribuan ~ mahasiswa, pemuda, profesional dan korporat ~ untuk menyokong PAS.

Mungkin kredibiliti DDHA tidak setanding DSAI tetapi beliau tetap yang terbaik jika dibandingkan pimpinan PAS selangor yang lain.

Bagi saya Dato Dr Hasan Ali(DDHA) masih yang terbaik untuk memimpin selangor. Pimpinan PAS selangor yang lain sewajarnya bersama-sama menyusun saf untuk membantu DDHA dalam usaha menawan Selangor dengan kerjasama KEADILAN dan DAP..

Anonymous said...

jangan lupa siapa yang mengaibkan kohilal

Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya bukanlah org dalam parti Pas & tak berapa tahu beberapa sejarah gelanggang politik Pas. Tapi nak menegur sikit saudara/saudari The Truth Seeker.

Tak salah kalau bawak bertenang, lagipun penulis blog ni cuma ungkit satu baris pasal Datuk Hassan Shukri. Walauapapun, kita try solve things out slowly.

Tak kira penulis blog ni taksub dgn siapa & tak kiralah kalau Truth Seeker mmg penyokong Dato' Hassan Ali, rasanya kita boleh ketepikan angkuh-angkuh kecil ni & beri laluan kepada apa yg penulis blog ni nak sampaikan. Walau macam mana berat sebelah sekalipun penulisan dia, mungkin ada yg kita boleh pakai. Yang mana tak kenan tu boleh tolak.

Tapi mmg benar saya jarang nampak penglibatan Dato' Hassan akhir-akhir ni. Dan saya juga setuju kalau Dato' Hassan nak berehat. Tak perlulah penulis blog menimbulkan polemik & tanda tanya mengenai Datuk Hassan buat kerja atau tidak. Kurang-kurang pun rasanya ada jugak jasa dia ketika di Parlimen dulu.

Anonymous said...

tiada guna memuji Dato Hasan Syukri, tiada untung mencerca Dato Hasan Ali
yang penting, tumpukan usaha, sepadukan gerakerja, tumbangkan UMNO BN
Hasan Ali & Hasan Syukri sama sahaja, org yg mulia menghambakan diri untuk Islam, cuma kita yang sering salah faham, salah pandang.
Kita yang salah, bukan merekan

Anonymous said...

Jelas sekali saudari yang menulis tidak mempunyai etika sebagai ahli jamaah islam. Sesiapa yang duduk dalam mesyuarat perhubungan negeri sangat-sangat mengenali sikap keterbukaan dan kesederhanaan Datuk Hassan Ali. Keputusan apa pun di dalam memertabatkan PAS di negeri Selangor adalah keputusan bersama dan bukan syok sendiri beliau. Saudari sebenarnya yang tidak berakhlak, menfitnah tak tentu arah tetapi sembunyi diri. Dedahkan diri dan kita bertemu muka berdebat secara berdepan, then baru ada kredibiliti ......

Anonymous said...

Sebenarnya..baik penulis dan tukang komen ...dua2 tak reti realiti..
HAsan Shukri dan Ustaz Mat Zain, Wan HAsrina, Ramli Sidom, Dr Rani Othman, Dr Syafiee Abu Bakar serta Dato Hasan Ali..mereka bekerja sama dgn baik..
tiada unsur2 sabotaj & iri hati sesama mereka.
Faktor kekalahan selangor pada 2004 bukan disebabkan mereka.
Ini kerana Kelantan hanya menang cukup makan, Terengganu pula hilang kerajaan..adakah disebabkan Tok Guru tak buat keje? or pengaruh tok Guru semakin pudar??...
Kerajaan Australia, Turki yg lama pun sudah jatuh ke tangan pembangkang.. tak mustahil kerjaan BN satu hari nanti. Jika faktor Anwar sudah tiada pon, tak mustahil Pas akan menang besar di Selangor. Bukankah tuhan sebaik-baik perancang?? Bukannya Anwar, Nazri Aziz, KJ ataupun Pak lah...

Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Have Fun In Life said...

hahahahaha...

CERITA YANG MENARIK... Tapi mungkin betul mungkin salah...

TAPI bertanggungjawablah dengan statement itu.. itu yang sebaiknya

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
AJK PAS CAWANGAN JALAN YADI SUNGAI UDANG
Manager, Prestige Gold Services

Anonymous said...

Seorang pemimpin sepatutnya bersifat terbuka dan tidak memihak... barulah orang bawahan respect... jangan terlalu mementingkan kelayakan akademik kerana politik dan harakah Islam tidak memerlukan title tetapi kefahaman perjuangan Islam dan komitment kepada matlamat.

Anonymous said...

"Setelah Datuk Hassan menjadi PJ, orng2 HAsan Shukri seperti Ustaz Mat Zain, Wan HAsrina, Ramli Sidom, Dr Rani Othman, Dr Syafiee Abu Bakar semuanya berusaha bersungguh2 untuk sabotaj Datuk Hasan."

Saudara melabel tanpa bukti kukuh!

Bagaimana usaha2 yang dijalankan untuk menjatuhkan Wan Hasrina...? ini ada rakaman. Saudara nak dengar ke? Macam Video Linggam!

Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam utk semua,

Topik yang agak panas. Hakikatnya PAS dan ahli-ahli perlu membuka mata dan minda dari apa yang ditimbulkan.

Setakat Rhetorik dan idealisme tak mencukupi untuk memenangi satu satu pilihanraya. Segala bentuk tipu muslihat perlu di miliki kemahiran tetapi bukan untuk menggunakannya sekadar bersedia mengambil satu langkah terkehadapan.

Para pengundi atas pagar dan yang bersimpati kepada PAS sentiasa menunggu tindakan2 yang boleh direalisasikan dalam meghadapi realiti kehidupan Masyarakat MAlaysia hari ini.

Bangun dan sedarlah pemimpin PAS semua. Cukup lah segala retorik yang dilaung2 kan selama ini dan buktikan semuanya dalam tindak tanduk seharian.

Bukan mudah untuk menawan hati masyarakat.

Anonymous said...

kalau beginilah keadaannya, padamkan saja perkataan ISLAM dari PAS.
patutlah PAS selangor tak diberi kemenangan oleh Allah.
BN lainlah dia bergaduh ker dia buat mungkar ker Allah masih beri kemenangan sebab dia tak bawa islam, kalau PAs jadi macam tu busuk ler nama ISALM.