Wednesday, November 28, 2007

Benarkah Hasan Ali Mendapat Sokongan Padu di Selangor?

Beberapa perbincangan dalam artikel sebelum ini menarik perhatian saya terutamanya mengenai populariti seperti dakwaan thetruthseeker.

Menurut ThetruthSeeker, "Natijah dari itulah, mereka tidak berani untuk memulakan usaha memorandum mereka pada tahun 2007 kerana mereka takut tindak balas negatif ahli2 PAS Selangor. Datuk Hasan Ali amat popular dikalangan ahli-ahli Pas dan juga pemimpin2 pemuda dan Kawasan."

Persoalannya, jika benar Datuk Dr. Hasan Ali begitu popular di kalangan pemimpin Pas Kawasan dan Dewan Pemuda, bagaimana mungkin terdapat lebih 10 kawasan tidak mencalonkan Datuk Hasan ke jawatan Naib Presiden dalam muktamar yang lalu?

Hasilnya Dr. Hasan mendapat pencalonan terendah dari 6 tokoh yang dicalonkan. Lantas Dr. Hasan menarik diri pertandingan Naib Presiden bagi mengelakkan mitos popularitinya terpecah.

Kita tiada masalah Dr. Hasan menjadi Persuruhjaya Pas negeri. Namun keputusan harus bijak dan menguntungkan parti bukannya menguntungkan PKR atau sesiapa pun.

Sama ada dengan bantuan Anwar atau tidak, Pas Selangor masih tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya akan datang. Namun persoalan yang lebih besar ialah apakah kita ada strategi untuk kembali sebagai pembangkang utama di Selangor?

Apakah kesilapan dan kelemahan jentera kempen kita di Ijok akan terus berlangsung dalam pilihan raya umum nanti? Bukankah jemaah secara umum sudah mengetahui bahawa kita lambat menggerakkan jentera pilihan raya di Ijok?

Bukankah sudah kita bahas dan debatkan di merata kawasan mengenai kegagalan Roslan Shahrir (Roslan sms) sebagai Ketua Penerangan Pas negeri dan juga Ketua Strategi Pas DUN Ijok? Apa tindakan membetulkan startegi?

Datuk Hasan Ali jika mahu terus menjadi Persuruhjaya Pas Selangor jadilah pemimpin yang boleh memimpin semua orang bukannya berpuak-puak dan berpecah-belah.

15 comments:

Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...

Soal Roslam SMS jgn dinaikkan kerana beliau telahpun diganti oleh dato Hasan Ali

Anonymous said...

terima kasih kerana memberi komen. cuma blog ni nampak macam baru saja diwujudkan. adakah ianya dibuat utk menghadapi piliharaya? maksudnya komen komen diberi seolah olah menyokong pas tapi ianya lebih kepada duri dalam daging.

tq

Anonymous said...

Dato' Dr Hasan Mohd Ali bukanlah ahli politik seperti yang selalu kita temui. Beliau adalah pejuang Islam yang ikhlas dan komited. Jika beliau ingin terus popular, sudah tentu beliau tidak menyertai PAS. Lihatlah keperibadian beliau dari dekat. Janganlah ambil maklumat murahan dan mendakwa bahawa itu adalah fakta bernas. Cubalah dekati beliau untuk lebih memahami hati budi beliau. Wallahu'alam bissawab...

Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya percaya penulis mungkin salah seorang dari pencatur utama dalam sandiwara melibatkan Dato Dr Hasan Ali. Saya juga percaya kedua-dua team ini memiliki matlamat yang sama iaitu memperkasakan PAS.

Cuma pendekatan agak berbeza, dimana team DDHA menggunakan pendekatan profesional manakala team HASAN SYUKRI menggunakan pendekatan emosional. Perbezaan pendekatan ini menyebabkan berlakunya selisihfaham dan ketidakpuasan hati.

Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah melalui perbincangan, adalah wajar Presiden PAS mengaturkan perbincangan antara 2 team ini dalam mencari kata sepakat. Permusuhan ini andainya tidak diselesaikan sebaiknya bisa menjadi LIABILITI terhadap perjuangan parti.

Tulang Besi said...

Zulaikha cakap:

"Bukankah sudah kita bahas dan debatkan di merata kawasan mengenai kegagalan Roslan Shahrir (Roslan sms) sebagai Ketua Penerangan Pas negeri dan juga Ketua Strategi Pas DUN Ijok? Apa tindakan membetulkan startegi?"

++++++++++++

Nampaknya Zulaikha mendedahkan kegiatan network fitnah Ustaz Mat Zain dan Dr Rani.

Rupanya, telah berjalan dgn aktif usaha memburukan Roslan SMS dan tulisan Zulaikha mendeddahkannya.

Semua org tahu kegagalan PRU tersebut tiada kena mengena dengan Roslan SMS.

Semuanya angkara BN, tapi puak2 MAT ZAIN dan sekutu menggunakan peluang ni untuk menjatuhkan Roslan.

Terima kasih Zulaikha, awak telah mendedahkan siapa awak sebenarnya.

Tidak lebih dari barua Mat Zain di dalam menyebar fitnah dan kata2 nista

Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya rasa Zulaikha yang berpangkalan di Afghanistan ini tak perlu dilayan.

Hakimah Hassan
Sg Buloh

Anonymous said...

Buat apalah kita dok berbahas pasal ni.....sesuatu yang merugikan. Marilah kita sama-sama tumpukan masa, tenaga, dan buah fikiran kita untuk mendapat kejayaan yamg lebih bermakna dengan memenangi seberapa banyak kerusi di Selangor. Kita tidak harus terikut-ikut dengan puak-puak taghut yang sememangnya itulah cara mereka. Bagi kita tak perlu berbincang dalam internet....duduk semeja dan selesaikan masaalah dengan lebih bijaksana. Usah dilayan perkara-perkara yang akan menggugat kestabilan kita.

Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.