Monday, December 3, 2007

Hindraf Melampau dan Mengelirukan

News update:

PAS menganggap sebahagian tuntutan dan tuduhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf ) adalah melampau dan mengelirukan, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Sehubungan itu, parti pembangkang tersebut menuntut agar kerajaan segera menubuhkan badan bebas untuk menyiasatnya. Abdul Hadi merujuk kepada dakwaan Hindraf dalam memorandumnya yang menuduh berlakunya "penghapusan kaum" serta dakwaan berhubung perobohan kuil Hindu di negara ini.

Namun begitu, kata Hadi lagi, PAS tetap berpendirian bahawa semua pihak seharusnya diberikan hak dan kebebasan untuk berhimpun dan bersuara sebagaimana yang dijamin dan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Mainan media "Sesungguhnya kejadian diskriminasi kaum bukan hanya berlaku terhadap masyarakat India, malah turut berlaku di kalangan masyarakat Cina dan Melayu, khasnya yang menyokong parti-parti pembangkang," katanya dalam satu kenyataan..

malaysiakini.com

7 comments:

Anonymous said...

The systematic elimination of an ethnic group or groups from a region or society, as by deportation, forced emigration, or genocide.

Ini adalah makna 'ethinic cleansing'
Sila semak jika ini berlaku di malaysia

Anonymous said...

saya setuju mereka di dakwa di mahkamah and ketahui hal sebenarnya. Beranikah BN? atau gunakan ISA habis cerita...

Anonymous said...

saya rasa kerajaan harus bertimbang rasa terhadap perhimpunan yang berlaku itu...
penghapusan kaum tidak berlaku di negara ini tetapi nampaknya kaum india masih merupakan yang ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum cina di negara ini..jadi pihak kerajaan harus mengambil tindakan yang wajar bukannya gunakan ISA...

Anonymous said...

Hindraf kemukakan lebih dari 18 points macam mane org India dianaktirikan di Malaysia.

Knapa Pak Lah hanya pilih " ethnic cleansing" ? Pilih point yang menguntungkannya dari segi politik dan hantam Hindraf.

Open discussion la, mari kite teliti point point yang lain jugak.

Kes Revathi
Kes Moorthy
Kes Shamala Sathiyaseelan
Kes Lina Joy
Kes roboh kuil
Kes roboh gereja

what about dari segi pekerjaan, jawatan jawatan kerajaan, ekonomi dan lain lain.

sape mempolitikkan ?

PAS lebih open minded dari UMNO kalau kite teliti. UMNO telah diperangkap dalam perangkap PAS. Syabas PAS !!!

Adakah Nabi menghina kaum kaum lain? Yang mane leboh menghina, karikatur Nabi atau org islam merobohkan kuil dan gereja?

Anonymous said...

Lebih baik orang PAS berhenti tonton wayang hindustan dulu. Tak boleh tidur. Ini tok guru:

KUALA LUMPUR, Malaysia — Malaysia's Muslim men are suffering sleepless nights and cannot pray properly because their thoughts are distracted by a growing number of women who wear sexy clothes in public, a prominent cleric said.

Nik Abdul Aziz Nik Mat, the spiritual leader of the opposition Pan-Malaysian Islamic Party, said he wanted to speak about the "emotional abuse" that men face because it is seldom discussed, the party reported on its Web site Wednesday.

http://www.foxnews.com/story/0,2933,306658,00.html

Anonymous said...

Hindraf a.k.a Hindu Right Action Force...kenapa Hindraf? kenapa Hindu..kenapa tidak Indraf..Indian Righ Action Force...Hindraf memperjuangkan Hindu (agama) bukan bangsa (Indian)..if their leader so sincere about perjuangan kaum Indian then they must change the name to Indraf a.k.a Indian Right Action Force..not all indian are Hindu's..me too ada susur galur dari India..or so called D.K.K..kenapa Hindraf diangkat darjatnya sebagai pejuang bangsa India di Tanah Melayu ini...apa sumbangan pemimpin Hindraf? mereka adalah fanatik Hindu..kalau geng al-maunah kena gantung atas tuduhan menderhaka apa bezanya Hindraf?? kenapa mereka ini disanjung...malah pas juga menghalalkan Hindraf atas alasan ia memperjuangkan bangsa India di Tanah Melayu..Pas tidak perlu popular hanya kerana mahukan undi kaum India-Hindu...igt Hindu dan Islam memiliki sejarah panjang d Tanah Melayu...sy rela mati kalau pas perjuangkan Islam..tp sekarang pas sanggup bersekongkol dgn Hindraf hanya krn undi pilihanraya..sy kecewa..

Anonymous said...

from encyclopedia britannica!!!!

ethnic cleansing

the attempt to create ethnically homogeneous geographic areas through the deportation or forcible displacement of persons belonging to particular ethnic groups. Ethnic cleansing sometimes involves the removal of all physical vestiges of the targeted group through the destruction of monuments, cemeteries, and houses of worship.

-destruction of houses of worship-berlaku . semua dah tahulah!!!
-attempt to create ethnically homogeneous geographic areas-berlaku. Ini tak banyak orang tahu. sekolah tamil cuba dihapuskan sedikit demi sedikit.cubaan islamkan orang agama lain banyak berlaku. UMNO mempunyai polisi mewujudkan satu kaum sahaja yang bertutur dalam bahasa melayu dan mempraktikkan agama islam. memo RAZAK membuktikannya. bukankah ini ethnic cleansing walaupun secara lembut?