Thursday, December 13, 2007

Hindraf dan Bersih Merugikan Pembangkang

Adakah sesiapa yang turun ke akar umbi beberapa minggu kebelakangan ini mendengar suara dan perasaan pengundi atas pagar terutamanya di kalangan orang Melayu dan muslim? Keadaan sudah berubah. Senario sudah berubah.

Jika beberapa bulan lalu, UMNO dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "pecah kepala" memikirkan tarikh terbaik untuk pilihan raya, sekarang ini mereka boleh mengisytiharkannya pada bila-bila masa sahaja.

Puncanya? Demontrasi jalanan. Pemimpin dan penyokong kita semuanya syok sendiri. Sebahagian kita tidak memikirkan pandangan dan pendapat orang lain terutamanya majoriti pengundi atas pagar.

Sedarlah wahai pemimpin Pas, bahawa majoriti pengundi atas pagar pentingkan kestabilan, keselesaan dan kegembiraan. Mereka tidak mahu menghadapi kesesakan, lewat ke tempat kerja atau terpaksa menangguh agenda hujung minggu di Kuala Lumpur kerana ada demontrasi jalanan. Mereka ini adalah majoriti rakyat Malaysia. Mereka ini juga merupakan majoriti yang menonoton akademi fantasia atau bercakap soal angkasawan Malaysiayang tampan, ada tunang dan juga gosip liar para artis.

Apakah mereka ini akan mengundi kita selepas ini? Hakikatnya kita telah gagal pada 1999 apabila sungguhpun ramai yang bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi berubah keadaan apabila melihat keganasan demontrasi jalanan dan masalah yang mereka hadapi akibat demontrasi.

Pembangkang sudah kuat beberapa bulan lalu. Ini kerana kemarahan orang Melayu secara senyap kepada Abdullah sudah sampai ke kemuncaknya. Pergi sahaja ke kedai kopi, dalam teksi atau perbincangan sosial masyarakat Melayu bandar. Mereka sudah bersedia untuk mengundi pembangkang sebagai protes. Demikian juga di kalangan peniaga Cina yang marah dengan keadaan ekonomi. Mereka juga bersedia membuat kejutan.

Malangnya demontrasi Bersih I, Hindraf dan Bersih II telah memberi perspektif yang lain. Imej Abdullah kembali meningkat di kalangan orang Melayu bila memberi amaran keras terhadap Hindraf dan juga mengambil tindakan undang-undang.

Lebih malang, kepimpinan Pas pun lambat menjauhi diri dari isu Hindraf. Kenyataan menyelar Hindraf yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang disiarkan oleh Malaysiakini.com (lihat malaysiakini news uptade dalam artikel sebelum ini) minggu lalu dilihat sebagai sudah terlewat.

Malahan kenyataan beralas seperti menentang memorandum Hindraf tetapi menyokong kebebasan berdemontrasi oleh Hindraf sukar diterima oleh majoriti orang Melayu.

Di kalangan peniaga Cina pula, demontrasi sekadar mengurangkan perniagaan mereka pada hari-hari tersebut dan meletakkan harta benda perniagaan mereka dalam risiko. Ini bukan bentuk politik yang mereka mahukan. Mereka tidak akan memperjudikan kepentingan perniagaan mereka untuk politik.

Selepas Hindraf yang kacau bilau, Pas sepatutnya tidak perlu terbabit dengan BERSIH II di Parlimen selasa lalu. Ia sekadar meriasaukan lagi rakyat biasa - orang yang akan menentukan siapa menang dalam pilihan raya. Namun ia tidak diambil peduli oleh perancang strategi parti. Justeru sekali lagi provokasi UMNO berjaya meyakinkan orang ramai, pengundi atas pagar, bahawa kita hanya pencetus masalah dan ketidakstabilan.

Apa untungnya demontrasi Bersih selain menang sorak? Pengundi biasa yang terperangkap dalam kesesakan dan sekatan polis marahkan kita. Polis dan FRU (mereka juga pengundi) yang terpaksa berdiri tengah panas turut marahkan kita. Sebahagian pengundi Selangor yang turun ke Kuala Lumpur untuk urusan peribadi (selangor cuti pada selasa lalu) turut akan marahkan kita. Apakah mereka ini akan mengundi kita nanti?

Pilihan raya tetap akan diadakan mengikut acuan kerajaan pemerintah. Lebih malang, BN akan menang besar kali ini kerana silap strategi kepimpinan kita.

Kita mahu menang tapi jelas sekali kita mahu menang sorak sahaja bukan menang kerusi.

Jika benar kita percaya pilihan raya ini tidak bersih dan berlaku perubahan undi dan sebagainya, elok kita boikot sahaja pilihan raya. Baru ada makna perjuangan berbanding demontrasi yang menyusahkan semua orang.

Jika kita boikot pilihan raya, BN pun tidak boleh bermegah dengan kemenangan besar mereka.

Jika tidak, maka jadilah kita menang sorak kampung tergadai.

33 comments:

multidimid said...

The Malaysian Association for Community Development president Norizan Shariff said the demonstrations by Umno Youth and Hindraf had nothing in common. Then how did they do it? No need to walk along the streets and carry the banners? Send the Memo over the internet?
For MORE PICS & Details - Uthayakumar Hindraf Advisor – a harassed Man; Charged, Recharged, Bailed, Released, Rearrested, No Evidence. Fishing Info from his Computers
Go H E R E

Anonymous said...

Deiii...pooraaahhh. jangan la nak tunjuk pandai dengan artikel ini. ia jelas menunjukkan kebodohan anda. kalau tak tahu apa yang berlaku dalam negara..jangan bagi komen bodoh.

Anonymous said...

hei ... apa agenda kau tulis artikel ni...bagi aku ...kalau dah marah tu tetap marah punya... orang yg cerdik tentu boleh fikir percaturan politik pak lah akhir2 ni...institusi kehakiman..spr...polis...semuanya hendak dikekalkan org yg korup...inikah pemimpin yg kita mahu...kalau bn menang pun biarlah pak lah kalah di kepala batas... tapi rasid mesti dah pakat ngan pak lah

Anonymous said...

sdr. pengarang,

saya setuju dengan pendapat anda. telah lama saya ingin suarakan. sebenarnya PAS dan lain-lain parti pembakang tidak pernah belajar dari kesilapan. terlalu mengikut gaya pembangkang negara luar. seandainya tidak ada demonstrasi jalan akhir-akhir ini, peluang pembangkang untuk menambah koleksi kerusi parlimen serta merampas negeri-negeri utara semenanjung adalah cerah. tapi malangnya harapan itu kian musnah malah mungkin akan jadi mustahil.

sedarlah wahai pemimpin PAS dan pembangkang yang lain. corak pemikiran anda terlalu ke belakang dan syok sendiri.

nukilan,
pengundi UMNO dulu, kini PAS...

Anonymous said...

What a stupid coment

Anonymous said...

So, dengan tiada demonstrasi Hindraf & Bersih, maka pengundi atas pagar akan sokong BN??? Kalau macam tu, Pilihanraya 2004 dulu wakil pembangkang dah ramai la menang, tapi???
Hang tau mana rakyat atas pagar ni majoriti?.. ada study ke? Bull*&%&! ....
my opinion- bykkan lagi demo. tapi demo yg baguslah!, Barisan Rakyat Leader tahu macammana nak handle. Ameen.

din merican said...

Analisa anda hanya mengikut perasaan saja. Orang Melayu boleh memikir yang mana benar dan yang mana tidak betul. Sikap adil ada dalam jiwa orang melayu.

Anonymous said...

Tolong jangan samakan HINDRAF dan BERSIH.Demonstrasi aman BERSIH berlaku dalam susana aman dan kekecohan bermula akibat provokasi Polis.Kesesakan lalulintas bukan disebabkan demontrasi sebaliknya kerana sekatan jalan membuta tuli pihak Polis.Apa yang penulis perlu lakukan,tenangkan fikiran,fahami motif perjuangan BERSIH dan berikanlah idea terbaik anda.Jangan melatah hanya kerana mendengar cerita2 dan pandangan2 orang yang sedang keliru... seperti anda.

pembela_rakyat said...

hebahkan pembohongan UMNO kepada rakyat!! sila tinggalkan pembohongan anda dlm nie,, UMNO makin ketandusan,, UMNO parti perkauman,,!

ritzari said...

Itu pendapat saudara sahaja,saya juga beranggapan saudara juga adalah orang yang berada di atas pagar, tidak ada berpendirian.

Bagi orang yang berfikiran seperti saudara, kalau negara ini diperintah oleh israel pun tak apa asalkan
ada keselesaan dan kegembiraan.

Anonymous said...

awak ni kalau tak ada otak jangan cakap sebab kata-kata awak ni bukan sebenar ,buat orang resah,banyak berfikir,baca buku ilmiah dan banyak buat kajian.awak ni tak reti jumuk

ritzari said...

Itu pendapat saudari sahaja,saya juga beranggapan saudara juga adalah orang yang berada di atas pagar, tidak ada berpendirian.

Golongan yang berfikiran atas pagar ini tidak kisah jika pun duduk di bawah pemerintahan israel asalkan mereka tidak diganggu dan boleh hidup dengan penuh keselesaan

Anonymous said...

I agree...bilalah PAS nak nampak semua ni, mereka terlalu banyak gaul sesama mereka, berceramah di masjid di kalangan yang dapat menerima idea mereka sahaja...kalaulah turun on the ground, hanya di kalangan mereka sahaja.

memang hebat gambar keberanian mereka di BERSIH itu, CNN dan Al Jazeera suka la, tapi average malaysia orang melayu naik menyampah!

cubalah pandai sikit bermain strategi politik...ini macam tak ada strategi je...dah la UMNO buat pilihanraya olok-olok diketawakan dan dihina, padahal pihak yang BERLATIH adalah lebih hebat dari mereka yang tak berlatih.macam-macam faktor boleh dikaji dari latihan itu.

Anonymous said...

Tulisan sdr mirip biro tatanegara

Anonymous said...

Suara Islah Pas??
Rentikanlah..
Ko sorang je pikir camtu..

Support BERSIH!
TAKBIRRR!!

Anonymous said...

Suara Islah Pas??
Rentikanlah Man..

Support BERSIH!
TAKBIRRR!!

Have Fun In Life said...

suara islah PAS.
Pendapat yang sedap didengar belum tentu perlu diikut. Utk kita bercakap golongan Cina rugi kerana demontrasi BERSIH. Sila kemukakan statistik dan punca sumber itu.

Bercakap mesti ader fact and figure.

Bukan main dan jer

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
BBA (HONS) TRANSPORT, DBS (TRANSPORT), KISAS 2000

-S/U PEMUDA PAS JALAN YADI SUNGAI UDANG

Anonymous said...

Kenyataan anda tepat, saya sebagai ahli seumur hidup PAS sangat merasa kecewa dengan political approach yang sedang digunakan oleh pimpinan PAS. Bagi saya virus anwarism dalam PAS berjaya 'memperdayakan' pimpinan ulama sehingga bagi saya cara PAS dan cara Hindraf tidak berbedza, cuma tuntutannya sahaja yang berbedza.

Saya juga bimbang tentangf'huru hara' setiap kali perhimpunan, ganguan kepada orang awam yang bekerja dan berurusan di kuala lumpur, jam yang tidak berpatutan. Ahli saya seorang pemandu teksi menelefon dan menyatakan kekecewaannya kerana tidak dapat masuk ke KL untuk mengambil penumpangnya yang mahu mengambil penerbangan.

Akhirnya di laman web marhaen saya lihat surat untuk temujanji dengan PM .. dia bermain api kemudian menawar diri untuk memadamkan api .. apakah ini satu dari ajenda beliau dengan khairi untuk melumpukkan PAS bagi pihak ameno ???

Secara sah saya melepaskan kerjasama saya dengan Kawasan dan cawangan saya sekarang, walaupun tidak akan mengundi ameno.

Anonymous said...

Orang Melayu otak dia simple tidak sophisticated macam bangsa lain. Kerana terlalu simple mereka tak boleh pikir terlalu panjang. Rasuah, menipu, mencuri dan menindas adalah perbuatan simple yang tak perlu banyak berfikir dan mudah untuk orang Melayu.

Di luar negara,demonstrasi(berlaku setiap hari) dan punyai pendapat berlainan bukan faktor untok menakutkan pengundi atau pelabur.

Yang penting akal untuk berfikir yang langsong tak ada pada orang Melayu.

Anonymous said...

Kami sekeluarga memang memilih pemimpin BUKAN parti. Baik juga ada "check and balance". Selepas HINDRAF saya yakin hanya BN dapat membentuk kerajaan yang STABIL.

Anonymous said...

saudara pengarang

jelas drpd penulisan saudara penyokong umno/bn. jika saudara benar2 iklas dengan pendirian ini, saudara patut memberi penjelasan dari perspektif org-pertama di demo BERSIH ataupun HINDRAF. Tetapi jelas saudara tidak berbuat demikian dan hanya melayangkan kata-kata yang saya nampak dicuri daripada org lain. saya harap saudara yang fikirannya belum mantap lagi, tolong jauhi diri daripada mengeluarkan komen2 tak berasas dan pada pendapat saya tidak ada dimensinya. saya juga hairan bagaimana seorg yg berpendapat sedemikian diberi ruang utk kritik usaha2 rakyat yg ditindas dan dieksploitasi. saudara pengarang digesah utk teruskan usaha beliau di ruang web umno/bn yang disukainya. biarlah kami yg disini berusaha utk menyatukan negara yg berbilang bangsa/ugama ke arah Malaysia untuk org Malaysia sahaja. terima kasih.
HANYA BILA KITA SATU, KITA AKAN MAJU!

Anonymous said...

sambungan

ingin saya tegaskan. BERSIH, HINDRAF DLL terpaksa melakukan demo utk menunjukkan, jalan2 yg disyorkan oleh kerajaan tiada atau tidak berfungsi. bagaimanakah seorg mengadu tentang korupsi kerajaan jika badan2 awam itu pincang/seleweng (polis, mahkamah, kerajaan, spr) kemanakah kami hendak pergi? Tindakan BERSIH, HINDRAF, DLL sudahpun membuka mata kami semua kepada penyelewengan ini. itulah kejayaan mereka. jika mereka2 yg duduk di atas pagar fikir mereka ni selamat dgn pendirian konservatif, saya ucap selamatlah kepada mereka ini!

Anonymous said...

Hoi Penulis, U laa orang paling BODOOO di dunia.

Anonymous said...

Sorrylah kawan... Saya susah nak percaya apa yang saudara ulaskan. Rata-rata yang saya tanya, diaorang lebih salahkan Polis sebab buat banyak sangat roadblock. Diaorang kata, ni negara demokrasi, sebab apa polis nak halang. Ramai yang anggap polis sebagai punca!

Sorry kawan, saya tak bersetuju dengan saudara!

Anonymous said...

Saudari Pengarang

Itu adalah pandangan saudari semata-mata. Saudari juga sebenarnya mereka yang berada di atas pagar. Tukang komen yang setuju dengan pandangan saudari juga tergolong dalam kategori yang sama.

Golongan ini sebenarnya penakut bangat dan tak ada pendirian. Jika negara ini diperintah oleh Israel pun mereka tidak kisah, asal mereka boleh hidup senang dan boleh berseronok.

Jangan hina pemimpin pas yang berjuang untuk islam. Jika saudari/saudara fikir, apa yang saudari/saudara buat untuk perjuangan islam. Setakat tulis artikel dan jadi tukang komen sahaja tak payahlah nak jadi hero.

Apa lagi saluran yang ada jika ada untuk menyampaikan pandangan atau bantahan. Semua saluran media dikuasai oleh kerajaan.

Demo dan beberapa siri tangkapan, tindakan polis yang berketerlaluan telah banyak menjatuhkan imej kerajaan di dalam dan luar negara.

Anonymous said...

ada betulnnya komen ni, tapi ada salahnya gakk...

Tapi point memulau pilihanraya tu adalah paling tak boleh pakai...
So pembangkang pulau pilihanraya, BN menang free...walaupun mereka tak boleh bermegah, mereka tetap akan berkuasa...
Hmmm...pemimpin BN ada fikir maruah ke?

JANGAN SEKALI-KALI PULAU PILIHANRAYA, kita kene bangkit kali ini!!!

zulaikha said...

Teruskan menafi arus politik yang telah berubah sedikit sebanyak selepas tiga demontrasi baru-baru ini. Jika tulisan saya ini tidak benar baguslah untuk kita.

Anonymous said...

this is most stupid comment i ever read in my entire life.this time victory to opposition only

Crankster said...

Pada pendapat saya, demonstrasi kebelakangan ini telah menunjukkan keganasan dan kebodohan kerajaan BN.

Kalau tidak berlakunya protes and atau demonstrasi sebegini, kemungkinan besar saya dan kawan2 masih jahil akan keadaan sebenar, iaitu demokrasi di negara ini telah lama hapus!

Miss X said...

Assalamualaikum saudari pengarang

Satu penulisan yg baik untuk dikaji. Walau bagaimanapun, nasihat saya, berhati-hatilah dalam berbicara (menulis), gusar ia akan menggugat wala pada pemimpin (saya kira saudari ini ahli Pas yg inginkan perubahan)

Saya tak mahu menyentuh isu utama adakah pengundi atas pagar tidak akan mengundi Pas atas asbab demonstrasi jalanan, kerana saya tak layak menjadi suara mereka.

"Hakikatnya kita telah gagal pada 1999 apabila sungguhpun ramai yang bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi berubah keadaan apabila melihat keganasan demontrasi jalanan dan masalah yang mereka hadapi akibat demontrasi"

Saudari perlu maklum, bahawa kegagalan kita meraih kemenangan pada tahun 1999 BUKAN disebabkan masyarakat trauma dengan demonstrasi. Tetapi hakikatnya terlalu banyak penyelewengan pilihanraya pada tahun tersebut, kerana mereka tahu dan nampak bahawa gelombang biru semakin padam.

"Di kalangan peniaga Cina pula, demontrasi sekadar mengurangkan perniagaan mereka pada hari-hari tersebut dan meletakkan harta benda perniagaan mereka dalam risiko"

YB Dato Seri Datin Paduka Rafidah Aziz sendiri yg mencantas hujah ini : "Pelabur asing tidak ambil peduli tentang demonstrasi atau perarakan jalanan. Mereka tetap mahu melabur di Malaysia. Apa yang penting ialah polisi bisnes negara"

Rafidah Aziz, wanita yg telah bertahun bergelumang dengan industri, pasti yakin dengan apa yg kata-katanya sendiri. Kerana dia sendiri melihat, bahawa negara yg banyak demonstrasi jalanan adalah lebih maju, seperti Denmark, United Kingdom dan tidak lupa Amerika. Malah, Amerika MEMBENARKAN demonstrasi secara aman.

Peniaga-peniaga kecil sepatutnya membuka kedai mereka seluas-luasnya pada hari adanya demonstrasi jalanan. Kerana sedari pagi, orang ramai akan mencari port yang sesuai untuk 'mengisi tenaga berdemo', hinggalah ke petang.

Tapi disebabkan momokan yg diberikan oleh media, mereka sendiri menjadi paranoid. Nah, salah demonstrasi atau media?

"Polis dan FRU (mereka juga pengundi) yang terpaksa berdiri tengah panas turut marahkan kita"

Saudari, hakikatnya, keluhan yg diterima adalah polis dan FRU jemu menjadi kuda kerajaan. Kenapa? Kerana mereka ingin menjadi polis yg mengawal keamanan negara, bukan mengawal perhimpunan aman. Hingga ada yg berseloroh, "Kalau hari ni (10 Nov) kita rompak bank mesti selamat"

Yang patut mereka marahkan bukan perhimpunan, tetapi kerajaan sendiri. Mereka juga dah penat diperkotak-katik oleh pemimpin.

'Fa iza azamta, fatawakkal tu ala llah'

Perlu kita ingat, apa jua tindakan public yg bakal dibuat, tidak diputuskan sehari dua. Segala risiko dan cara telah disyuro dan bermunajat pada Allah. Akhirnya, kita letakkan sahaja tawakkal pdNya

Teruskan mengkritik, kerana kritikan menjana perubahan. Tetapi berwaspadalah.

Akhirnya, saya tinggalkan satu kisah, untuk musahabah kita bersama

Nabi SAW pernah didatangi oleh seorang sahabat. Dia bertanya, "Wahai Rasulullah, kita telah bermati-matian memperjuangkan Islam. Tapi bila sebenarnya Islam akan benar-benar menang?"

Jawab Rasulullah "Sifat tergesa-gesa inginkan kemenanganlah yg menyebabkan Islam kalah dengan sendirinya"

~Jangan persoal bila akan menang, tapi persoal apa yg kita buat ke arahnya~

Anonymous said...

tak bleh ke pas tunjukkan kemampuan mereka utk memerintah.. buat demontrasi jalanan langsung tak meyakinkan rakyat yang pas mampu membawa negara malaysia ke suatu keadaan yg lebih baik dari hari ni.. pikir la. jgn smpai emosi mengatasi segalanya. org kalau dah marah, smua main ikut jer.. tak sedar apa diaorg buat silap. kalau mcm ni bila nak dpt memerintah malaysia.

Anonymous said...

Salam kepada Pengarang,

Pertama sekali tahniah dan terima kasih atas kritikan bernas yang diberikan oleh saudari terhadap PAS dan parti pembangkang lain.

Saya tidak mahu memanjangkan diskusi ini kerana pandangan peribadi saya, ada tulisan saudari yang dilihat positif ke arah pembangunan PAS .Diharap saranan saudari diunjurkan dengan hati yang ikhlas dan kefahaman yang jitu terhadap wadah perjuangan PAS ini demi melihat kemajuan PAS dan PKR amnya.

Saya bersetuju jika hanya sanya saudari mengatakan perhimpunan BERSIH telah membuakkan semangat HINDRAF untuk melakukan perhimpunan aman,tetapi malangnya,perhimpunan itu dilihat terkeluar dari skop objektif asal untuk menghantar memorandum kepada kedutaan Britain.Akhirnya, tujuan asal perhimpunan aman tidak berjaya dicapai atas provokasi POLIS dan juga reaksi emosional dalam jiwa mereka yang berdemo pada hari tersebut.

Jadi,secara perbahasan akademiknya bukanlah perhimpunan BERSIh sahaja yang menjadi kambing hitam dalam persoalan ini.Jika menyalahkan BERSIH semata-mata seolah-olah satu tuduhan serkap jarang.

Walaubagaimanapun,apa yang menjadi harapan PAS dan parti pembangkang lain,supaya warga seperti saudari sama-sama membantu perjuangan ini terutamanya perjuangan muslimat PAS yang memerlukan ramai serikandi-serikandi seperti saudari di luar sana.

PAS merelakan kritikan tetapi hal ini tidak diwar-warkan melalui media kerana saudari pun tahu tentang kongkongan media di Malaysia.Selain itu, tidak semua kritikan disiarkan demi menjaga kemaslahantan jemaah daripada musuh-musuh yang sering mencari ruang-ruang permusuhan di kalangan ahli.

Nah apa ditunggu lagi?Mengkritik memang mudah,tapi bertindak dan bersama-sama dalam perjuangan itulah sesuatu yang paling sukar dibuat hatta oleh penyokong kuat PAS sendiri.Jangan pandai mengkritik tapi tidak menyediakan solusi dalam bentuk tindakan ke arah pengislahan PAS.

Sekadar mengeluarkan usul tanpa tindakan ibarat pokok tanpa buah dan daun,ada dasar tapi tiada hasil.Moga peroleh manfaat..

Wassalam

mujahidinreformasi

Anonymous said...

Yang says nampak si Zulaikha ni sah agen UMNO yg menyamar jadi org kuat Ustaz Hassan Shukri.

Pada mereka yang tahu sapa ustaz Hasaan Shukri, beliau adalah antara yang paling anti dengan demonstrasi.

Jadi, tak hairan la Zulaikha sebagai agen UMNO juga anti dgn demonstrasi