Wednesday, November 28, 2007

Respon Bekas Ahli Pas

Berikut ialah respon yang tersiar dalam Malaysia Today.

27/11: Respon kepada artikel “Arah Mana Pas Selangor Menjelang Pilihan Raya Umum

Malangnya dengan menggunakan nama pena Bekas Ahli Pas nyata sekali penulis sendiri sudah tidak yakin dengan perjuangan Pas. Bukankah jika kita masih yakin dengan perjuangan ini maka kita harus berada di dalam jemaah dan membetulkannya?

Benarkah Hasan Ali Mendapat Sokongan Padu di Selangor?

Beberapa perbincangan dalam artikel sebelum ini menarik perhatian saya terutamanya mengenai populariti seperti dakwaan thetruthseeker.

Menurut ThetruthSeeker, "Natijah dari itulah, mereka tidak berani untuk memulakan usaha memorandum mereka pada tahun 2007 kerana mereka takut tindak balas negatif ahli2 PAS Selangor. Datuk Hasan Ali amat popular dikalangan ahli-ahli Pas dan juga pemimpin2 pemuda dan Kawasan."

Persoalannya, jika benar Datuk Dr. Hasan Ali begitu popular di kalangan pemimpin Pas Kawasan dan Dewan Pemuda, bagaimana mungkin terdapat lebih 10 kawasan tidak mencalonkan Datuk Hasan ke jawatan Naib Presiden dalam muktamar yang lalu?

Hasilnya Dr. Hasan mendapat pencalonan terendah dari 6 tokoh yang dicalonkan. Lantas Dr. Hasan menarik diri pertandingan Naib Presiden bagi mengelakkan mitos popularitinya terpecah.

Kita tiada masalah Dr. Hasan menjadi Persuruhjaya Pas negeri. Namun keputusan harus bijak dan menguntungkan parti bukannya menguntungkan PKR atau sesiapa pun.

Sama ada dengan bantuan Anwar atau tidak, Pas Selangor masih tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya akan datang. Namun persoalan yang lebih besar ialah apakah kita ada strategi untuk kembali sebagai pembangkang utama di Selangor?

Apakah kesilapan dan kelemahan jentera kempen kita di Ijok akan terus berlangsung dalam pilihan raya umum nanti? Bukankah jemaah secara umum sudah mengetahui bahawa kita lambat menggerakkan jentera pilihan raya di Ijok?

Bukankah sudah kita bahas dan debatkan di merata kawasan mengenai kegagalan Roslan Shahrir (Roslan sms) sebagai Ketua Penerangan Pas negeri dan juga Ketua Strategi Pas DUN Ijok? Apa tindakan membetulkan startegi?

Datuk Hasan Ali jika mahu terus menjadi Persuruhjaya Pas Selangor jadilah pemimpin yang boleh memimpin semua orang bukannya berpuak-puak dan berpecah-belah.

Saturday, November 24, 2007

Arah Mana Pas Selangor Menjelang Pilihan Raya Umum

Arah mana Pas Selangor menjelang pilihan raya umum kali ini? Pertanyaan ini amat relevan kerana kita seolah-olah hidup segan mati tak mahu sejak dibelasah dalam pilihan raya lalu. Jika pilihan raya lalu dan propaganda sebelum cuba melemahkan kedudukan Khir Toyo, Menteri Besar Melayu Jawa ini bukan semakin lemah tetapi semakin kukuh di kalangan pengundi atas pagar.

Jika dulu beliau menang 100 undi lebih, pilihan raya 2004 menyaksikan kemenangan dengan ribuan majoriti. Sebaliknya kita hilang semua kerusi dalam DUN Selangor kerana kegairahan seorang Naib Presiden (sekarang bekas) mahu menjadi Menteri Besar.

Sepatutnya kita sudah matang dan memahami bahawa untuk memerintah sebuah negeri mahu pun negara, ia hanya akan berlaku melalui dua perkara berikut - Proses evolusi atau Kemunculan faktor besar.

Oleh kerana tiadanya faktor besar dan bersaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad dari tampuk kepimpinan, Pas Selangor sepatutnya berusaha mempertahankan kerusi yang dimenangi pada 1999 dan mengharap satu dua kerusi baru.

Malangnya ini tidak berlaku. Jentera kempen berpecah ke serata negeri Selangor termasuk di kawasan yang tiada kemungkinan untuk menang. Ini semua kerana Datuk Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Nasihat orang-orang lama dan Datuk Hassan Shukri tidak diambil hirau. Hasilnya, pembangkang di Selangor hanya diwakili oleh DAP. Parti yang tidak berguna satu sen pun kepada perjuangan Islam.

Pilihan raya kali ini mungkin menyaksikan Datuk Hasan Ali sekali lagi akan diberi ruang menjadi Pengarah Kempen Pilihan Raya Negeri Selangor. Soalnya, apakah kesilapan yang sama akan dibuat?

Pilihan raya kecil DUN Ijok sekali lagi menyaksikan kegagalan Datuk Hasan Ali menggembleng jentera dengan baik. Akibatnya beberapa kawasan yang dulunya kubu kuat Pas diruntuhkan oleh "anak jawa" Tanjung Karang.

Kebergantungan Datuk Hasan Ali kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperjudikan nasib Pas Selangor dalam pilihan raya akan datang. PKR akan datang dan pergi.

Percayalah. Sudah berapa banyak serpihan UMNO seperti S46 akhirnya kembali kepangkuan UMNO, meninggalkan Pas terkontang-kanting mencari arah baru. Dulu Rais Yatim mebakar jambatan beliau dengan UMNO dan menyokong Pas sehingga menang Kelantan. Hari ini beliau kembali menjadi menteri UMNO.

Tapi di Kelantan kita bernasib baik kerana ada kepimpinan berwibawa seperti Tok Guru Nik Aziz yang terus mempertahankan idealisme perjuangan. Justeru datang atau perginya S46 mahu pun Keadilan tiada masalah.

Namun di Selangor, perjuangan Pas sudah ditunggangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan juga Teng Chang Kim (DAP).

Datuk Hasan juga seolah-olah sudah tiada nafsu untuk menjadi ahli politik sejak tidak menjadi Naib Presiden Pas lagi. Jika dilihat di Malaysiakini.com pun, liputan mengenai Pas Selangor dan Datuk Hasan hampir berbulan lamanya dahulu.

Apa sudah jadi?

Seperti kata Datuk Hasan dalam Malaysiakini pada 10 Mei 2007,

" Tidak kira ia ulama, profesional atau golongan muda kerana PAS perlu meninggalkan imej parti yang kabur dan lembik jika mahu ia diterima semua pihak. PAS dan pemimpinnya perlu berubah bagi mendepani masa depan kerana rakyat mahu melihat kebolehan parti sebelum mereka menyokong PAS."

Kita perlu bertanya sesuai lagikah untuk Datuk Hasan terus menerajui Pas Selangor dan menjadi ketua kempen pilihan raya umum di Selangor pada tahun hadapan?

Tuesday, November 6, 2007

Mengapa Pas Kian Hilang taring

Dewasa ini Pas seolah-olah sudah hilang taring. Sebagai parti pembangkang muslim yang terbesar kita tidak lagi mendengar nyaringan suara penentangan terhadap Barisan Nasional dan UMNO.

Sebaliknya tanggungjawab tersebut sudah diambil alih oleh Tun Mahathir, para bloggers, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin DAP yang masih bersemangat mencabar pemerintah. Malangnya kepimpinan seolah-olah hilang aura dan keberanian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kita lihat suara Pas sama ada di malaysiakini.com amhu pun di Malaysia-today.net hanya muncul sekali sekala. ada tidak ada pun ialah di harakahdaily.net. Itu pun kita lihat lebih banyak peranan pimpinan Pas diambil alih oleh Ahmad Lutfi, Subky latiff dan beberapa penulis lain.

Di mana menghilang Nasharuddin Mat Isa yang kononnya Timbalan Presiden termuda yang penuh wibawa?

Lebih teruk lagi ke mana menghilang pemidato yang bagus seperti Datuk Hasan Ali? Apakah hanya kerana tidak terpilih dalam muktamar lalu maka membawa rajuk sehingga hari ini? Wajarkah jika menang kita mengajak semua saf menyokong dan membantu perjuangan parti, tetapi bila tiada jawatan, tuan empunya diri hidup segan mati tidak mahu?

Apakah kerana isu yang diperkatakan oleh masyarakat hari ini diluar jangkauan pimpinan Pas atau terdapat sesuatu kerjasama yang belum diketahui umum?

Berubah Ke arah lebih mantap

Kami melakukan perubahan untuk meneruskan perjuangan membetulkan Parti Islam se-Malaysia (PAS) dari dalam. Perubahan dari portal ke blog hanyalah perubahan platform bukannya idea dan perjuangan.

Seperti mana laman web www.pas-reform.com, blog ini juga akan terus memperkatakan mengenai isu-isu dalaman Pas dan juga analisa perjuangan parti yang semakin lama makin jauh dari matlamat penubuhannya.